05.01.08

Firefox Pelayaran Yang Lebih Selamat

Posted in internet tagged , at 5:22 am by syarif20

Firefox adalah browser alterlatif selain Internet Explorer, Opera dan sebagainya. Pelayaran menjadi lebih selamat menggunakan Firefox kerana mampu menghalang popup yang muncul ketika anda melayari internet. Firefox menggunakan tab browsing dimana anda boleh menggunakan satu browser sahaja untuk melayari pelbagai web. Saya sendiri menggunakan Firefox kerana pelayaran menggunakan Firefox lebih laju berbanding Internet Explorer.

Dapatkan Firefox di:

Firefox

Marilah sama-sama gunakan Firefox dan tinggalkan Internet Explorer.

Tingkatkan Kelajuan Download

Posted in internet tagged , , at 4:55 am by syarif20

Bukan semua manusia nie penyabar orangnya. Saya sendiri pun ingin selesaikan satu-satu kerja dengan cepat. Tapi bila download anime ataupun apa-apa, memang mengambil masa yang agak panjang.

Sebenarnya ada cara terbaik untuk meningkatkan kelajuan download ialah dengan menggunakan download accelerator.Download accelerator mampu meningkatkan kelajuan download sehingga 300%. Bayangkan, kita mampu menjimatkan banyak masa  untuk menyiapkan download sesuatu files.(contohnya; anime, game dan file-file besar lain)

Antara download accelerator yang popular ialah:

Download Accelerator Plus(DAP)

Flashget (saya lebih sukakan perisian ini)

Tips mengelakkan serangan virus

Posted in antivirus, keselamatan tagged , , at 4:36 am by syarif20

Cara paling mudah (dan paling popular) untuk menyebarkan virus sekarang ini adalah melalui USB drive, terutamanya di kolej dan universiti di mana pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail. Bagi yang berhati-hati, mereka akan memeriksa dahulu USB drive tersebut dengan menggunakan anti-virus.

Saya bukan orang yag leceh. Biasanya saya tidak memeriksa USB drive ini dengan AntiVirus. Malah AntiVirus pun saya tak pasang di dalam komputer saya. Namun komputer saya jarang dijangkiti virus atau malware kerana saya mempraktikkan beberapa amalan berikut:

Pertama. Tunjukkan fail tersembunyi dalam Windows (show hidden files and folders). Langkah-langkah untuk menunjukkan fail tersembunyi ada di sini. Walaupun mungkin nampak agak bersepah setelah anda menunjukkan fail-fail tersebut, namun ianya penting supaya anda akan cepat perasan jika terdapat apa-apa virus atau malware yang mencurigakan.

Kedua. Jangan menggunakan autorun.  Apabila ada cucuk USB Drive pada komputer, biasanya Autorun akan dimainkan untuk membuka USB Drive secara automatik. Jangan gunakan autorun ini, kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya.

Ketiga. Navigasi Windows Explorer dengan menggunakan bahagian di sebelah kiri. Buka Windows Explorer dengan menekan Windows + E. Jika anda ingin membuka mana-mana drive, gunakan navigasi di sebelah kiti. Dwi-klik/klik kiri/klik dan Open/Explore kanan pada drive kini sudah tidak selamat lagi kerana selalu digunakan untuk melancarkan virus dan malware.

Amalkan ketiga-ketiga cara ini bagi gaya hidup komputer yang sihat ^^. Jangan lupa pasang Antivirus ya.

Anda boleh dapatkan buku teknik menggempur virus dari http://viruskillz.blogspot.com . Bagi saya, teknik yang diajarkan dalam buku tu amat bagus. Setiap langkah disertakan gambar.

Matikan Fungsi autoplay

Posted in keselamatan tagged at 4:31 am by syarif20

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal

Kepada saudara Cupin yang bertanyakan bagaimana untuk mengembalikan fungsi ini, gunakan Group Policy Editor untuk tukar nilai pada ‘Turn Off Autoplay’ kepada Disabled

Kenapa Perlu Update Antivirus?

Posted in antivirus tagged , , at 4:26 am by syarif20

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?

Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

Perlukah saya update antivirus setiap hari?

Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.

Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?

Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.

Bagaimana nak update antivirus?

Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk update antivirus secara manual bagi Avira, AVGFree, dan Avast .

artikel ini diambil dari: www.sembangkomputer.com

Next page